PANDANGAN
PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBENTUK BAHAN KITAR
SEMULA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH
1.0 PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses
jangka panjang yang tiada kesudahan. Banyak tokoh dan ahli falsafah membincangkan
perkara ini sejak zaman dahulu kala. George Bernard Shaw menyatakan pengajaran
dan pembelajaran sebagai “To me the sole
hope of human salvation lies in teaching”.
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) kitar semula bukan elektronik dalam
pencapaian murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 20 orang murid di
sekolah kebangsaan, Melayu, Cina dan Tamil di sekitar Sentul,
Kuala Lumpur. Sampel kajian dipilih daripada kalangan pelajar sekolah bertujuan
mendapatkan data. Selain itu, turut menilai tahap penggunaan BBM kitar semula
yang digunakan dalam kelas.
BBM kitar semula merupakan kelengkapan
yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran kepada
pelajar di dalam kelas. Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang
menggunakan kaedah bahan bantu mengajar dilihat lebih efektif dalam proses
perpindahan ilmu pengetahuan antara guru dan pelajar. BBM dapat dibahagikan
kepada tiga kategori yang terdiri daripada bahan bantu mengajar bukan
elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, dan bahan-bahan bercorak
pengalaman dan bahan sebenar. BBM bukan elektronik seperti gambar, kad imbasan
dan kad cantuman, model tiga dimensi, boneka atau patung dan sebagainya.
Manakala yang berbentuk elektronik seperti, komputer riba, LCD, projektor dan
sebagainya yang berbentuk elektronik.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Melalui kaedah menggunakan BBM kitar semula, adalah
diharapkan dapat membentuk keperibadian murid yang seimbang serta dapat berfikir
dengan lebih kretif. Inovasi dalam pendidikan tidak hanya bergantung pada
teknologi komputer sepenuhnya. Seterusnya, usaha ini akan dapat melahirkan
generasi pelajar minda kelas pertama
dalam masyarakat Malaysia. Matlamat yang ideal ini adalah untuk
melahirkan modal insan dalam masyarakat seperti yang dicita-citakan oleh pihak
kerajaan. Namun, sekiranya aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah dikesampingkan oleh guru-guru dan kaedah pembelajaran hanya bergantung
sepenuhnya kepada teknologi, harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin akan
menjadi kenyataan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan BBM kitar semula bukan elektronik komputer dalam proses P&P mata
pelajaran dalam kelas. Tajuk ini meliputi penggunaan bahan kitar semula atau
terbuang yang digunakan kembali dalam membantu pembelajaran di dalam kelas.
4.0
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenalpasti
sejauhmana, BBM kitar semula dipraktikkan dalam pembelajaran di peringkat
sekolah.
2) Mendedahkan
pelajar kepada kaedah pembelajaran yang lebih mudah dan efektif dengan
mengabungkan teknologi dan BBM.
3) Melahirkan
pelajar berfikiran kretif dan inovasi dalam pendidikan.
5.0
PERSOALAN KAJIAN
1) Adakah
Bahan bantu mengajar (BBM), digunakan di dalam kelas semasa proses pembelajaran?
2) Adakah
dengan cara menggabungkan kaedah pembelajaran dengan menggunakan Bahan bantu dan
Teknologi akan memudahkan lagi proses pembelajaran?
3) Adakah
menggunakan Bahan bantu mengajar (BBM) dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
minda kretif dan inovasi dalam pendidikan?
6.0
METODOLOGI KAJIAN
1) Menggunakan
kaedah kuantitatif iaitu dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden untuk mendapatkan
data.
2) Pemerhatian
di dalam bilik darjah terhadap penggunaan Bahan bantu mengajar (BBM).
7.0
DAPATAN KAJIAN
Analisis Kajian
Bagi memenuhi kehendak soalan, kami
telah membina satu set soalan kaji selidik yang memfokuskan kawasan tempat
mengajar dan tiga tema utama berkaitan dengan teknologi dan inovasi dalam
pendidikan yang memfokuskan tentang keberkesanan pengaplikasian teknologi dan
inovasi ke dalam pendidikan. Sampel kami yang berjumlah sebanyak 20 orang,
terdiri daripada pelajar pelajar yang sedang belajar disekolah rendah. Kami
telah menjalankan soal selidik kami di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.
Berikut merupakan hasil dapatan dan analisis dari
kaji selidik yang telah kami jalankan.
7.1.0
DEMOGRAFI RESPONDEN
7.1.1
Jantina
Carta
1
Sampel kami secara keseluruhan
berjumlah sebanyak 20 orang responden yang mana semuanya adalah pelajar yang
masih lagi menuntut. Berdasarkan pecahan graf pai diatas, majority dari
responden kami merupakan pelajar perempuan sebanyak 11 orang dan bakinya 9
orang pelajar lelaki.
7.1.2
Bangsa
Carta
2
Graf diatas menunjukkan bahawa 8
orang dari kalangan responden kami adalah pelajar berbangsa Melayu, 7 orang pelajar
berbangsa Cina, 4 orang dari pelajar berbangsa India dan seorang dari lain-lain
bangsa. Kami menjalankan kajian dikawasan bandar dan tidak mempunyai masalah
untuk mendapatkan responden dari
pelbagai.
7.1.3
Kawasan Sekolah.
Bagi mengukur keberkesanan alat
bantu mengajar dalam proses P&P di sekolah, kami telah mengumpul data dari pelajar
pelajar yang belajar di kawasan bandar. Hal ini membantu kami untuk menilai
keberkesanan penggunaan dan tahap kemahiran pelajar terhadap aspek teknologi
dan inovasi dalam pendidikan dengan lebih holistik
8.0
HASIL KAJIAN
Kami menyediakan set soalan
mengikut tema yang telah kami tetapkan bagi memudahkan kami menganalisis data
mentah yang kami kumpul. Tema yang kami tetapkan adalah berkisar dengan
penggunaan alat bantu mengajar dalam proses P&P di kelas, serta penggunaan
teknologi dan inovasi dalam proses P&P mengikut persepektif responden kami
yang semuanya merupakan pelajar.
Kami menyediakan skala dari 1
hingga 5 bagi memudahkan responden kami menjawab persoalan yang kami ajukan di
boring soal selidik mengikut tema yang telah kami tetapkam.
TEMA 1: Bahan Bantu Mengajar
SOALAN 1 : Penyediaan BBM yang kreatif
dan inovatif dapat membantu menarik minat pelajar
Graf 1
Graf
diatas menunjukkan bahawa majoriti dari responden kami sangat bersetuju dengan
penggunaan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif dalam proses P&P
dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Menurut responden kami, alat bantu
mengajar yang efektif lazimnya bersifat kreatif berjaya menarik minat pelajar
semasa dalam proses pembelajaran. Namun begitu, terdapat 8 orang responden kami
yang sekadar bersetuju dengan penyataan terbabit. Hal ini berlaku kerana,
menurut mereka sikap dan semangat guru tersebut yang memainkan peranan penting
sama ada pelajar tersebut berminat atau tidak untuk mengikuti proses
pembelajaran di dalam kelas. Walaubagaimanapun, mereka tidak menolak
keberkesanan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif dalam menarik minat
pelajar.
SOALAN 2 : Teknologi dan inovasi dalam
pendidikan dapat menggalakkan pelajar mencipta sesuatu yang kreatif.
Graf 2
Graf diatas menerangkan tentang
bagaimana teknologi dan inovasi dalam pendidikan membantu pelajar untuk menjadi
lebih kreatif. Dari hasil kajian kami, seramai 11 orang dari responden kami
sangat setuju bahawa teknologi dan inovasi meningkatkan kreativiti pelajar
mereka di dalam kelas. Manakala, baki sebanyak 9 orang lagi bersetuju dan tidak
menolak penyataan tersebut.
Pengaplikasian teknologi terkini menjadikan
pelajar lebih kreatif dan proses dua hala ini menjadi mudah. Sebagai contoh,
penggunaan medium laman sosial, memudahkan maklumat boleh disampaikan oleh guru
diluar waktu persekolahan. Selain itu, penggunaan inovasi terkini seperti
pemancar LCD dan computer riba sebagai alat bantuan visual memudahkan pelajar
memahami dengan lebih jelas apa yang diterangkan oleh guru.
TEMA 2: TEKNOLOGI
SOALAN 1 : Pembelajarn kini terlalu
bergantung kepada penggunaan gadjet canggih seperti laptop, Ipad dan lain lain.
Graf 3
Graf bar diatas menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan pendapat yang sangat ketara dan bercampur baur berikutan
dengan kenyataan diatas. 8 orang dari responden kami bersetuju bahawa
pembelajaran dan pengajaran masa kini sangat bergantung kepada kemudahan teknologi
canggih seperti komputer riba. 7 orang dari responden kami pula sekadar
bersetuju.
Perkara ini menunjukkan bahawa, di
alam serba canggih ini, penggunaan alat-alat berteknologi ini perlu diambil
kira dan dimahiri penggunaannya oleh guru dan pelajar bagi memudahkan proses di
dalam kelas.
Namun begitu, terdapat 3 orang dari
responden kami yang tidak pasti dan 2 orang responden yang tidak bersetuju akan
kebergantungan terhadap penggunaan aplikasi dan gadjet canggih dalam proses
pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana, ada dalam kalangan guru dan pelajar
yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Kaedah konvensional dilihat lebih mesra dan membolehkan interaksi
sosial yang lebih berkesan diantara pelajar dan guru.
SOALAN 2 : BBM kitar semula dapat
melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan dari
segi kemahiran, selain melahirkan cetusan idea yang lebih kreatif dan inovatif
Graf 4
Berdasarkan graf diatas, seramai 18
orang dari responden kami menyokong bahawa alat BBM yang digunakan mampu
melahirkan pelajar yang lebih berkualiti selain dari meningkatkan pencapaian
akademik pelajar terbabit. Pecahan berdasarkan graf seperti diatas menunjukkan
bahawa 12 orang memilih jawapan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut, manakala
8 orang lagi memilih untuk bersetuju.
Walaupun terdapat 2 orang responden
kami yang memilih jawapan tidak pasti dengan pernyataan tersebut, dapat kami
simpulkan bahawa, alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru hasil dari
inovasi guru terbabit, jelas mampu menjadikan pelajar lebih produktif dan
inovatif selain meningkatkan pencapaian akademik pelajar terbabit berdasarkan
kepada dapatan kajian yang kami peroleh dari soal selidik yang kami jalankan.
9.0
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian
melalui soal selidik yang telah kami jalankan, kami mendapati bahawa penerapan
nilai nilai BBM dan inovasi dalam pendidikan sangat membantu pelajar. Penerapan
nilai nilai ini melalui penggunaan alat bantu mengajar yang kreatif dan
inovatif membantu pelajar memahami penyampaian oleh guru dengan lebih efektif.
Namun
begitu, terdapat sedikit kelemahan yang perlu diberi perhatian iaitu tahap
kemahiran pengendalian BBM oleh guru dan pelajar di sekolah. Para guru perlu
lebih kriatif menyediakan BBM.
10.0
CADANGAN KAJIAN
Setelah menjalankan kajian,
maka kami tampil memberikan beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem
pendidikan di Negara kita melalui BBM. Cadangan- cadangan itu adalah
1)
Memperkasakan
guru dengan kemahiran menyediakan BBM yang menarik.
2)
Menambahbaik
alatan dan prasarana bagi menyediakan BBM dengan bantuan kewangan.
11.0
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan,
daripada hasil kajian dari data soal selidik mendapati Bahan bantu mengajar
(BBM) sangat berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di dalam kelas. Pengajaran mengunakan BBM menjadi lebih lancar dan efektif bagi
pelajar dan guru. Selain itu dapat melahirkan pelajar yang berinovasi dan
kretif bukan sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas sekalipun. Oleh, itu,
penggunaan BBM diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan tahap pemikiran
pelajar bagi melahirkan pelajar minda kelas pertama.
Rujukan
Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul
Rashid Mohamed. 2007. Humor
Dalam
Pengajaran. PTS Professional , Malaysia.
David Parsons. 2012. Innovations in mobile educational technologies and applications.
IGI
Global Snippet.
Edward Roy Krishnan. 2006. A Caring Teacher. Mc Ethan Publishers. South Africa.
Effandi Zakaria,Nor Azah Mohd Nordin, Sabri Ahmad.
2007. Trend Pengajaran Dan
Pembelajaran
Matematik. Utusan Publications and Distributions, Malaysia.
Michel Noir. 2007. Get Your Brain In The Fast Lane. Mc Graw Hill. New York.
Mohd Dahlan Mohd Ramli, 1992. Keberkesanan Penggunaan alat dan Bahan bantu
mengajar
peserta KPK dalam pengajaran dan pembelajaran: satu tinjauan.
Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270-280.
Ng Ying Shya. 2004. Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Sekolah
Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana
Muda.
Omardin Arshaan. 2001. Peranan, Tugas dan tanggungjawab Guru di Sekolah.
Cheras,Kuala Lumpur:Utusan
Publication & Distribution.
Rashidi Aziz & Abd.Razak Habib. 1996. Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan
Strategi.
Kajang: Masa Enterprise.
Robert B.Kozma. 2003. Technologies, Inovations On Educational Change : A
GLOBAL
PERSPECTIVE.
ISTE Publications.
Shaharom Noordin. 1993. Modul Pengajaran Kendiri(MPK);Satu inovasi dalam
Proses
Pengajaran & Pembelajaran. Journal. Akademik
Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka.
Yusup Hasyim. 1997. Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Petaling Jaya. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.