Sunday, 19 May 2013

ESAI KUMPULAN : PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBENTUK BAHAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

PANDANGAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBENTUK BAHAN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH

1.0  PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses jangka panjang yang tiada kesudahan. Banyak tokoh dan ahli falsafah membincangkan perkara ini sejak zaman dahulu kala. George Bernard Shaw menyatakan pengajaran dan pembelajaran sebagai “To me the sole hope of human salvation lies in teaching”.
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) kitar semula bukan elektronik dalam pencapaian murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 20 orang murid di sekolah kebangsaan, Melayu, Cina dan Tamil di sekitar Sentul, Kuala Lumpur. Sampel kajian dipilih daripada kalangan pelajar sekolah bertujuan mendapatkan data. Selain itu, turut menilai tahap penggunaan BBM kitar semula yang digunakan dalam kelas.
BBM kitar semula merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas. Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang menggunakan kaedah bahan bantu mengajar dilihat lebih efektif dalam proses perpindahan ilmu pengetahuan antara guru dan pelajar. BBM dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. BBM bukan elektronik seperti gambar, kad imbasan dan kad cantuman, model tiga dimensi, boneka atau patung dan sebagainya. Manakala yang berbentuk elektronik seperti, komputer riba, LCD, projektor dan sebagainya yang berbentuk elektronik.

2.0  PENYATAAN MASALAH
Melalui kaedah menggunakan BBM kitar semula, adalah diharapkan dapat membentuk keperibadian murid yang seimbang serta dapat berfikir dengan lebih kretif. Inovasi dalam pendidikan tidak hanya bergantung pada teknologi komputer sepenuhnya. Seterusnya, usaha ini akan dapat melahirkan generasi pelajar minda kelas pertama  dalam masyarakat Malaysia. Matlamat yang ideal ini adalah untuk melahirkan modal insan dalam masyarakat seperti yang dicita-citakan oleh pihak kerajaan. Namun, sekiranya aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dikesampingkan oleh guru-guru dan kaedah pembelajaran hanya bergantung sepenuhnya kepada teknologi, harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

3.0  TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan BBM kitar semula bukan elektronik komputer dalam proses P&P mata pelajaran dalam kelas. Tajuk ini meliputi penggunaan bahan kitar semula atau terbuang yang digunakan kembali dalam membantu pembelajaran di dalam kelas.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
1)      Mengenalpasti sejauhmana, BBM kitar semula dipraktikkan dalam pembelajaran di peringkat sekolah.
2)      Mendedahkan pelajar kepada kaedah pembelajaran yang lebih mudah dan efektif dengan mengabungkan teknologi dan BBM.
3)      Melahirkan pelajar berfikiran kretif dan inovasi dalam pendidikan.


5.0 PERSOALAN KAJIAN
1)      Adakah Bahan bantu mengajar (BBM), digunakan di dalam kelas semasa proses pembelajaran?
2)      Adakah dengan cara menggabungkan kaedah pembelajaran dengan menggunakan Bahan bantu dan Teknologi akan memudahkan lagi proses pembelajaran?
3)      Adakah menggunakan Bahan bantu mengajar (BBM) dapat melahirkan pelajar yang mempunyai minda kretif dan inovasi dalam pendidikan?

6.0 METODOLOGI KAJIAN
1)      Menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang responden untuk mendapatkan data.
2)      Pemerhatian di dalam bilik darjah terhadap penggunaan Bahan bantu mengajar (BBM).

7.0 DAPATAN KAJIAN
Analisis Kajian
Bagi memenuhi kehendak soalan, kami telah membina satu set soalan kaji selidik yang memfokuskan kawasan tempat mengajar dan tiga tema utama berkaitan dengan teknologi dan inovasi dalam pendidikan yang memfokuskan tentang keberkesanan pengaplikasian teknologi dan inovasi ke dalam pendidikan. Sampel kami yang berjumlah sebanyak 20 orang, terdiri daripada pelajar pelajar yang sedang belajar disekolah rendah. Kami telah menjalankan soal selidik kami di sekitar Sentul, Kuala Lumpur.


Berikut merupakan hasil dapatan dan analisis dari kaji selidik yang telah kami jalankan.
7.1.0 DEMOGRAFI RESPONDEN
            7.1.1 Jantina
Carta 1
Sampel kami secara keseluruhan berjumlah sebanyak 20 orang responden yang mana semuanya adalah pelajar yang masih lagi menuntut. Berdasarkan pecahan graf pai diatas, majority dari responden kami merupakan pelajar perempuan sebanyak 11 orang dan bakinya 9 orang pelajar lelaki.

            7.1.2 Bangsa
Carta 2
Graf diatas menunjukkan bahawa 8 orang dari kalangan responden kami adalah pelajar berbangsa Melayu, 7 orang pelajar berbangsa Cina, 4 orang dari pelajar berbangsa India dan seorang dari lain-lain bangsa. Kami menjalankan kajian dikawasan bandar dan tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan responden dari  pelbagai.

            7.1.3 Kawasan Sekolah.
Bagi mengukur keberkesanan alat bantu mengajar dalam proses P&P di sekolah, kami telah mengumpul data dari pelajar pelajar yang belajar di kawasan bandar. Hal ini membantu kami untuk menilai keberkesanan penggunaan dan tahap kemahiran pelajar terhadap aspek teknologi dan inovasi dalam pendidikan dengan lebih holistik
8.0 HASIL KAJIAN
Kami menyediakan set soalan mengikut tema yang telah kami tetapkan bagi memudahkan kami menganalisis data mentah yang kami kumpul. Tema yang kami tetapkan adalah berkisar dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses P&P di kelas, serta penggunaan teknologi dan inovasi dalam proses P&P mengikut persepektif responden kami yang semuanya merupakan pelajar.
Kami menyediakan skala dari 1 hingga 5 bagi memudahkan responden kami menjawab persoalan yang kami ajukan di boring soal selidik mengikut tema yang telah kami tetapkam.


TEMA 1: Bahan Bantu Mengajar

SOALAN 1 : Penyediaan BBM yang kreatif dan inovatif dapat membantu menarik minat pelajar

Graf 1
Graf diatas menunjukkan bahawa majoriti dari responden kami sangat bersetuju dengan penggunaan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar di dalam kelas. Menurut responden kami, alat bantu mengajar yang efektif lazimnya bersifat kreatif berjaya menarik minat pelajar semasa dalam proses pembelajaran. Namun begitu, terdapat 8 orang responden kami yang sekadar bersetuju dengan penyataan terbabit. Hal ini berlaku kerana, menurut mereka sikap dan semangat guru tersebut yang memainkan peranan penting sama ada pelajar tersebut berminat atau tidak untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas. Walaubagaimanapun, mereka tidak menolak keberkesanan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif dalam menarik minat pelajar.

SOALAN 2 : Teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat menggalakkan pelajar mencipta sesuatu yang kreatif.

Graf 2
Graf diatas menerangkan tentang bagaimana teknologi dan inovasi dalam pendidikan membantu pelajar untuk menjadi lebih kreatif. Dari hasil kajian kami, seramai 11 orang dari responden kami sangat setuju bahawa teknologi dan inovasi meningkatkan kreativiti pelajar mereka di dalam kelas. Manakala, baki sebanyak 9 orang lagi bersetuju dan tidak menolak penyataan tersebut.
 Pengaplikasian teknologi terkini menjadikan pelajar lebih kreatif dan proses dua hala ini menjadi mudah. Sebagai contoh, penggunaan medium laman sosial, memudahkan maklumat boleh disampaikan oleh guru diluar waktu persekolahan. Selain itu, penggunaan inovasi terkini seperti pemancar LCD dan computer riba sebagai alat bantuan visual memudahkan pelajar memahami dengan lebih jelas apa yang diterangkan oleh guru.

TEMA 2: TEKNOLOGI
SOALAN 1 : Pembelajarn kini terlalu bergantung kepada penggunaan gadjet canggih seperti laptop, Ipad dan lain lain.
Graf 3
Graf bar diatas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pendapat yang sangat ketara dan bercampur baur berikutan dengan kenyataan diatas. 8 orang dari responden kami bersetuju bahawa pembelajaran dan pengajaran masa kini sangat bergantung kepada kemudahan teknologi canggih seperti komputer riba. 7 orang dari responden kami pula sekadar bersetuju.
Perkara ini menunjukkan bahawa, di alam serba canggih ini, penggunaan alat-alat berteknologi ini perlu diambil kira dan dimahiri penggunaannya oleh guru dan pelajar bagi memudahkan proses di dalam kelas.
Namun begitu, terdapat 3 orang dari responden kami yang tidak pasti dan 2 orang responden yang tidak bersetuju akan kebergantungan terhadap penggunaan aplikasi dan gadjet canggih dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana, ada dalam kalangan guru dan pelajar yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah konvensional dilihat lebih mesra dan membolehkan interaksi sosial yang lebih berkesan diantara pelajar dan guru.

SOALAN 2 : BBM kitar semula dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan dari segi kemahiran, selain melahirkan cetusan idea yang lebih kreatif dan inovatif

Graf 4
Berdasarkan graf diatas, seramai 18 orang dari responden kami menyokong bahawa alat BBM yang digunakan mampu melahirkan pelajar yang lebih berkualiti selain dari meningkatkan pencapaian akademik pelajar terbabit. Pecahan berdasarkan graf seperti diatas menunjukkan bahawa 12 orang memilih jawapan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut, manakala 8 orang lagi memilih untuk bersetuju.
Walaupun terdapat 2 orang responden kami yang memilih jawapan tidak pasti dengan pernyataan tersebut, dapat kami simpulkan bahawa, alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru hasil dari inovasi guru terbabit, jelas mampu menjadikan pelajar lebih produktif dan inovatif selain meningkatkan pencapaian akademik pelajar terbabit berdasarkan kepada dapatan kajian yang kami peroleh dari soal selidik yang kami jalankan.

9.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian melalui soal selidik yang telah kami jalankan, kami mendapati bahawa penerapan nilai nilai BBM dan inovasi dalam pendidikan sangat membantu pelajar. Penerapan nilai nilai ini melalui penggunaan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif membantu pelajar memahami penyampaian oleh guru dengan lebih efektif.
Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan yang perlu diberi perhatian iaitu tahap kemahiran pengendalian BBM oleh guru dan pelajar di sekolah. Para guru perlu lebih kriatif menyediakan BBM.

10.0 CADANGAN KAJIAN
Setelah menjalankan kajian, maka kami tampil memberikan beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem pendidikan di Negara kita melalui BBM. Cadangan- cadangan itu adalah
1)      Memperkasakan guru dengan kemahiran menyediakan BBM yang menarik.

2)      Menambahbaik alatan dan prasarana bagi menyediakan BBM dengan bantuan kewangan.


11.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, daripada hasil kajian dari data soal selidik mendapati Bahan bantu mengajar (BBM) sangat berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Pengajaran mengunakan BBM menjadi lebih lancar dan efektif bagi pelajar dan guru. Selain itu dapat melahirkan pelajar yang berinovasi dan kretif bukan sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas sekalipun. Oleh, itu, penggunaan BBM diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan tahap pemikiran pelajar bagi melahirkan pelajar minda kelas pertama.


Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed. 2007. Humor
Dalam Pengajaran. PTS Professional , Malaysia.

David Parsons. 2012. Innovations in mobile educational technologies and applications. IGI
 Global Snippet.

Edward Roy Krishnan. 2006. A Caring Teacher. Mc Ethan Publishers. South Africa.

Effandi Zakaria,Nor Azah Mohd Nordin, Sabri Ahmad. 2007. Trend Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik. Utusan Publications and Distributions, Malaysia.

Michel Noir. 2007. Get Your Brain In The Fast Lane. Mc Graw Hill. New York.

Mohd Dahlan Mohd Ramli, 1992. Keberkesanan Penggunaan alat dan Bahan bantu
mengajar peserta KPK dalam pengajaran dan pembelajaran: satu tinjauan.
Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270-280.

Ng Ying Shya. 2004. Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana
Muda.

Omardin Arshaan. 2001. Peranan, Tugas dan tanggungjawab Guru di Sekolah.
Cheras,Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distribution.

Rashidi Aziz & Abd.Razak Habib. 1996. Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan Strategi.
Kajang: Masa Enterprise.

Robert B.Kozma. 2003. Technologies, Inovations On Educational Change : A GLOBAL
 PERSPECTIVE.  ISTE Publications.

Shaharom Noordin. 1993. Modul Pengajaran Kendiri(MPK);Satu inovasi dalam
Proses Pengajaran & Pembelajaran. Journal. Akademik Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka.

Yusup Hasyim. 1997. Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Petaling Jaya. Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment